FREE SHIPPING > RM150 Shop Now!
icon-search
icon-search

BERAPA PEDAS SEBENAR CILI PADI KITA?

BERAPA PEDAS SEBENAR CILI PADI KITA?

 Sumber dari hari3aku.blogspots

Kebelakangan ini kita mesti sudah perasan bahawa cabaran memakan makanan yang pedas (spicy food challenge) seakan-akan menjadi satu trend. Di Malaysia, cabaran yang paling deketahui antaranya memakan Mi Samyang dan juga Maggi Goreng Pedas Giler. Kalau kita lihat dari sudut yang lebih global, memang banyak cabaran makanan pedas telah dilakukan seperti yang kita dapat lihat di dalam YouTube, contohnya one chip food challenge, hot wings food challenge dan the hottest chocolate bar challenge.

Kalau kita lihat, cabaran-cabaran yang telah dilakukan rata-ratanya melibatkan cili atau lada seperti Carolina Reaper dan Ghost Pepper. Walau bagaimanapun, daripada pemerhatian penulis, penulis mendapati bahawa spicy food challenge yang trending di Malaysia tidak melibatkan cili seperti Carolina Reaper. Persoalannya sekarang, adakah tahap kepedasan spicy food challenge di Malaysia dapat menandingi Carolina Reaper?

Untuk pengetahuan pembaca, chili oil ataupun minyak cili yang digunakan oleh mi segera seperti Samyang dan Maggi Pedas Giler, walaupun tidak diberitahu daripada cili jenis apa ia diambil, ia diperbuat daripada capsaicin, sejenis komponen aktif yang memberikan sensasi pedas. Selain itu, capsaicin juga memedihkan mata dan kulit, jadi sesiapa yang potong cili pastikan tak terlalu meraba-raba cili tu ye.

Bagi membandingkan tahap kepedasan setiap cili, kita mesti tahu tentang Scoville Heat Unit (SHU) yang diasaskan oleh Wilber Scoville. SHU, secara mudahnya adalah kiraan air gula yang diperlukan untuk mencairkan cili sehingga tiada lagi sensasi pedas daripada cili tersebut. Sebagai contoh, SHU bagi Mi Samyang 2x Spicy Hot ialah 8,706 seperti yang tertulis pada bungkusannya, ini bermakna bagi 1 sudu teh mi tersebut yang telah dikisar (ataupun juga 1 sudu teh minyak cili, penulis sendiri tidak pasti SHU Mi Samyang adalah untuk cili yang digunakan ataupun produk yang telah siap), kita perlukan sebanyak 8706 sudu teh air gula (42.91 Liter) untuk hilangkan rasa pedas tersebut sepenuhnya ke tahap Lada Benggala yang mempunyai 0 SHU.

Jika dibandingkan dengan Cili Merah (30,000-50,000 SHU) dan Cili Padi (50,000-100,000 SHU), tahap kepedasan Mi Samyang ni sebenarnya jauh ketinggalan di belakang, apatah lagi kalau nak dibandingkan dengan Carolina Reaper (2,200,000 SHU, average atau purata pada 1,569,300 SHU). Tetapi itu pun kita dah rasa cukup pedas sampai berpeluh. Boleh bayangkan tak apa perasaan kita kalau kita makan Calorina Reaper yang 180 ke 252 kali lebih pedas berbanding Mi Samyang 2x Spicy Hot

Bagi yang rasa tidak lojik untuk kata Cili Padi 5 ke 10 kali lebih pedas daripada Mi Samyang, cuba ingat semula apa yang terjadi apabila kita tergigit 1 potong halus Cili Padi dalam makanan yang kita makan. Bagi sebahagian orang, ianya satu malapetaka yang dahsyat.





Older post

Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.