FREE SHIPPING > RM150 Shop Now!
icon-search
icon-search

Nasi Ayam Penyet Kaw-Kaw VIRAL

Nasi Ayam Penyet Kaw-Kaw VIRAL

RESIPI MUDAH 'NASI AYAM PENYET KAW-KAW' VIRAL

Korang tau tak senang je sebenarnya buat Nasi Ayam Penyet ni... janji rajin jer...hehee..

LAGI SENANG kalau ada Sambal Penyet Kaw-Kaw kami...

Masak Nasi Putih,   Goreng Tempe & Tauhu, letak salad, letak 2 sudu 'Sambal Penyet Kaw-Kaw...walllah...! 

Nak tahu resipi buat Nasi Ayam Penyet? Jom buat sendiri kat rumah!

Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )

Untuk Pes Ayam : 

½ sudu besar Jintan Manis
½ sudu besar Jintan Putih
3 sudu besar Biji Ketumbar
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia + 1 cm kunyit hidup

Kisar semua bahan diatas dgn 1/2 cawan air.

Ayam : 

Bersih & Potong 8

Cara-cara  :

1. Lumurkan PES AYAM tadi dengan ayam yang sudah dipotong 8

2. Rebus dalam periuk  dengan api yang perlahan. TIDAK PERLU MASUKKAN AIR bila merebus ayam kerana air dalam ayam sudah cukup utk rebus ayam tadi. 

3. Keluarkan ayam-ayam tadi apabila siap direbus. Anggaran 10-15minit shj.

4. Goreng ayam tadi dengan garing pula...Wangi masa ni... bila ayam dah digoreng garing, penyetkan dengan 'Batu Tumbuk Lejen' korang  je janji penyet leper ..hehe

5. Goreng garing tempe dan tauhu.

6. Potong Salad dan Timun Jepun (lagi sedap dari timun biasa)

7. Hidangkan Nasi Putih (siap masak)  dengan Tempe, Tauhu, Salad, Timun dan Ayam yang digoreng tadi.

8. Buka sebotol ' Sambal Penyet Kaw-Kaw' , ambil satu sudu sambal dan lenyek diatas ayam goreng tadi (boleh beli di www.rainshotmart.com)

9. Tada..... siap... 

Tips : 

1. Ayam Penyet yang lebih boleh disimpan di peti sejuk, jadi bila2 nak makan boleh je keluarkan dari freezer,  dan terus goreng... anytimeeeee... 

2. INGAT, merebus ayam tak perlu isi air lagi, air ayam mentah dah cukup utk rebus ayam itu sendiri...



Newer post

Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.