FREE SHIPPING > RM150 Shop Now!
icon-search
icon-search

Produk-Produk 

1.  Adakah produk ini halal.

Kami adalah syarikat BUMIPUTERA MUSLIM di Melaka. Semua pekerja adalah Muslim. Produk- produk  menggunakan sumber dari pemborong yang mempunyai cap halal dan juga dari petani tempatan . 


2. Apakah bahan-bahan yang digunakan utuk memasak sambal ini? 

Kami gunakan Cili Padi, Cili Merah Tempatan, Tomato Premium, Gula Merah dan Sedikit Belacan. Kami tidak gunakan cili kering ya =)

2. HQ Office dimana ya?

HQ kami di Melaka. Namun kami boleh buat penghantaran satu Malaysia. 

3. Sambal rasa pedas sangat lah. Kenapa ya ?

Sambal mmg pedas, kena dengan trademark kami, padu, pedas dan sedap. 100 biji cilipadi dlm setiap botol Sambal Penyet Kaw-Kaw ! Tapi kalau pedas sgt sampai tak boleh makan, boleh tambah gula atau tomato untuk kurangkan pedas.

4. Nak makan dengan apa ni?

Nasi putih panas-panas, ayam/ ikan/ daging goreng. Anda boleh buat Nasi Ayam Penyet sendiri dirumah bila-bila masa. Boleh juga dibuat perencah sayur atau masakan lain yang perluakan kepedasan tambahan. 

5. Sambal boleh makan macam tu je ke?

Sambal mmg dah dimasak dan boleh terus dimakan saja. Kalau nak panas,  masukkan dalm microwave sahaja - 20 saat.

6. Kena simpan dalam peti sejuk tak?

Sambal tahan 1 tahun jika belum dibuka. Jika dah dibuka lebih elok simpan dlm peti sejuk bawah utk elakkan bakteria masuk dlm sambal. Kalau tak simpan dalam peti sejuk pun takpe, janji simpan ditempat yang bersih dan guna sudu bersih setiap kali nak makan. Tutup rapat-rapat selepas guna. 

7. Kenapa bau cili kuat?

Ini adalah sambal penyet. Memang cara masak sambal ini tidak boleh garing. Lagipun  kami menggunakan cili api segar, bau yang lebih kuat dapat kita bau. 


Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.